RUU Antilompat Parti | Wan Junaidi yakin penyata disediakan dalam sebulan

2022-04-20 0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar optimis jawatankuasa pilihan khas berhubung pindaan perlembagaan persekutuan berkaitan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti dapat menyediakan penyata mengandungi cadangan rang undang-undang itu dalam tempoh sebulan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas itu, ini kerana ia dianggotai pakar undang-undang yang berpengalaman namun beliau enggan mendedahkan sebarang perbincangan jawatankuasa berkenaan.

Free Traffic Exchange